Sumber berita : Kosmo Online
Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my
Apakah keistimewaan Farmasi Colour Cosmetics berbanding kosmetik lain yang terdapat di pasaran?
FARMASI Colour Cosmetics juga memberi solekan percuma kepada pelanggan tetapnya pada majlis pelancaran butik terbarunya.
ILI ZAWANI ISMAIL
WANITA hari ini terlalu obses dengan kosmetik. Kosmetik dan wanita bagaikan isi dan kuku. Walaupun lambakan produk kosmetik di pasaran memberi pilihan kepada golongan wanita, majoriti daripada rangkaian produk tersebut adalah jenama antarabangsa yang mahal.
Menyedari hakikat itu, Farmasi Colour Cosmetics memberi peluang kepada semua lapisan wanita memiliki kosmetik kegemaran mereka.
Farmasi Cosmetics hak milik Naturalife Solution Sdn. Bhd., mendukung teknologi kosmetik tradisional masyarakat Turki.
"Ini kerana Farmasi Colour Cosmetics tidak mengandungi lemak, gelatin haiwan dan alkohol untuk kegunaan wanita Muslim.
500 item
"Peredaran zaman secara tidak langsung telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menggunakan produk aristokrat itu," ujar anak kedua daripada tiga adik-beradik itu.
"Ada juga pelanggan yang berkongsi pengalaman mereka bahawa bedak asas jenama kami mampu merawat jerawat, tompok-tompok hitam dan parut yang terdapat dalam kulit mereka," jelas.
Graduan Ijazah Perakaunan dari Kolej Universiti Sunway itu berkata, pembayang mata yang berbentuk bebola seperti gula-gula antara keunikan Farmasi Colour Cosmetics.
KANDUNGAN bahan-bahan natural mampu merawat masalah kulit wajah.
Bebola tersebut bukan sahaja terdiri daripada satu warna tetapi ia dicampur dengan tona warna yang lain. Pada masa yang sama, ia juga membantu memudahkan pengguna tanpa membeli banyak pilihan warna.
Ujar Wani, syarikatnya juga turut memasarkan produk penjagaan kulit seperti krim mandian, pelembap, krim badan pencuci muka, penyegar dan pewangi.
"Walaubagaimanapun, saya tidak terfikir untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kulit buat masa terdekat.
"Ini kerana saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Farmasi Colour Cosmetics yang semakin digemari masyarakat tempatan," katanya.
Sesi solekan
Sesi istimewa itu dikendalikan oleh beberapa jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetics. Seramai 15 orang pelanggan tetap dan baru berkunjung ke butik itu untuk mendapatkan khidmat solekan percuma.
Noor Rita Che Ha, 46, salah seorang pelanggan tetap Farmasi Colour Cosmetics berkata, produk-produk kosmetik yang ada di pasaran tidak dapat dipastikan status halalnya.
"Farmasi Colour Cosmetics pula mempunyai kesahihan itu. Itulah yang membuatkan saya tertarik.
"Bedak asas adalah produk kegemaran saya kerana ia bertindak sebagai agen antipenuaan dan membantu mengurangkan garis-garis halus di wajah," ujarnya.
Seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Nurul Aini Akma Zulkefli, 24, pula gemar membeli produk kosmetik itu kerana maskara dan pengilat bibirnya yang berkilat.
"Tatkala mengoles maskara yang berkilat-kilat itu, ia nampak unik dan lain daripada maskara yang terdapat di pasaran.
"Sementara itu, sesi solekan percuma seperti itu memberi pengetahuan luas mengenai solekan dan kaedah penggunaan yang tepat tentang produk itu," katanya.
Kini, rangkaian produk Farmasi Colour Cosmetics mempunyai lebih daripada 14 kaunter di semua pusat beli-belah termasuk Jusco dan Parkson di seluruh negara.
Rangkaian produk itu dijual pada harga antara RM8.90 sehingga RM59.90.